Cari nota kuliah

Google

Monday, March 10, 2008

Kisah batu Besar & Kehidupan

Pada suatu hari, Profesor Najmi memberikan syarahan mengenai pengurusan masa kepada pelajar-pelajarnya dalam jurusan sains kemanusiaan. Selepas 45 minit, beliau berhenti sebentar sambil bergerak ke meja di bahagian hadapan dewan kuliah dan mengambil satu bekas kaca lut sinar daripada dalam laci meja. “Hari ini saya bercadang untuk mengadakan pop kuiz. Anda semua perlu bersedia sekarang. Simpan semua nota dan kosongkan meja,” jelas Profesor Najmi sambil mengeluarkan satu bekas berisi batu-batu besar daripada dalam begnya. Kemudiannya, batu-batu besar itu diisikan ke dalam bekas kaca satu demi satu sehingga penuh. Selepas itu beliau melihat semua pelajar di hadapannya sambil bertanya, “Adakah bekas ini sudah penuh?” beliau memerhati setiap pelajar yang ada di dalam dewan kuliah itu.


Pelajar-pelajarnya serentak menjawab, “Ya.” Profesor Najmi tersenyum. “Betulkah begitu?” Kemudian, beliau mengeluarkan satu lagi bekas berisi batu-batu kecil daripada dalam begnya. Batu-batu kecil itu dimasukkan ke dalam bekas kaca tadi. Profesor Najmi menggoyang-goyangkan bekas kaca itu agar semua batu-batu kecil yang dimasukkan dapat turun ke bahagian bawah mengisi ruang-ruang kosong di antara batu-batu besar. Selepas semua ruang-ruang kosong antara batu-batu besar dipenuhi dengan batu-batu kecil, Profesor Najmi bertanya lagi, “Baiklah. Sekarang saya sudah mengisi ruang-ruang kosong itu dengan batu-batu kecil. Adakah bekas ini sudah penuh?” Beliau sekali lagi memandang wajah pelajar-pelajar di hadapannya sambil tersenyum.


Kali ini semua pelajar- pelajarnya terdiam. Wajah mereka menzahirkan rasa ragu-ragu. Lidah mereka kelu untuk menjawab. Tiba-tiba seorang daripada mereka menjawab dengan suara yang perlahan dan penuh kesangsian, “mungkin tidak.” Profesor Najmi tersenyum simpul. “Baiklah.” Beliau mencapai semula begnya dan mengeluarkan satu bekas plastik berisi pasir. Pasir itu dituang ke dalam bekas kaca yang berisi batu besar dan batu-batu kecil. Pasir yang dituang perlahan-lahan mengisi ruang-ruang kosong yang masih ada di antara batu besar dan batu-batu kecil. Sekali lagi beliau bertanya kepada pelajar-pelajarnya, “Bagaimana sekarang? Adakah bekas ini sudah penuh?”


Kali ini tanpa ragu-ragu lagi, semua pelajar menyahut, “Belum.” Senyuman Profesor Najmi semakin lebar. “Bagus, bagus.” Beliau mencapai begnya dan mengeluarkan sebotol air mineral dan kemudiannya menuangkan air itu ke dalam bekas kaca itu. Air yang dituang meresap ke dalam pasir dan seterusnya mengisi ruang-ruang kosong yang masih ada antara pasir, batu besar dan batu-batu kecil. “Baiklah, sekarang siapa yang boleh jelaskan kepada saya, apakah makna di sebalik aktiviti yang kita lakukan tadi?” soal Profesor Najmi kepada pelajar-pelajarnya.


Seorang pelajar yang duduk di kerusi hadapan mengangkat tangan dan berkata, “Pengajaran di sebalik apa yang kita lihat tadi adalah mengenai semangat kita. Tidak kira betapa sibuk dan padatnya jadual harian kita, sekiranya kita cekal, tabah dan bersemangat untuk melakukannya maka pasti kita mampu melakukannya. Malaysia Boleh!” Jawapan daripada pelajar ini diikuti dengan tepukan daripada rakan-rakannya yang lain.


Profesor Najmi tertawa kecil. “Bagus, bagus. Namun, bukan jawapan itu yang saya mahukan. Jawapannya yang sebenar adalah, jika kita tidak memasukkan batu-batu besar terlebih dahulu maka kita tidak akan mampu untuk memasukkan semuanya.”


Renungan


Apa yang dimaksudkan dengan batu-batu besar dalam hidup kita? Rakan-rakan, teman karib, ibu bapa, pelajaran, pasangan hidup, hal-hal penting dalam hidup, mengajar sesuatu kepada orang lain, melakukan aktiviti dan pekerjaan yang kita minati, masa yang ada, kesihatan ataupun semua yang penting dan berharga bagi kita.


Ingatlah untuk sentiasa memasukkan batu-batu besar ini dalam hidup kita ataupun kita akan kehilangan semuanya semata-mata kerana batu-batu kecil yang kita utamakan. Apabila kita mendahulukan batu-batu kecil, maka hidup kita dipenuhi dengan perkara-perkara kecil yang tidak penting. Kesannya, kita kehilangan ruang, peluang dan masa bagi mengisi hidup ini dengan hal-hal besar yang jauh lebih penting bagi diri kita. Oleh itu, pastikan setiap kali anda bangun pada waktu pagi, cubalah kenangkan semula 'batu-batu besar' dalam hidup anda dan berikan ruang untuknya terlebih dahulu sebelum anda lihat batu-batu kecil, pasir ataupun air.


Source: http://ikrampts.blogspot.com/

Sunday, March 9, 2008

Jabatan Teknologi Maklumat

Kursus

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalankan latihan di industri. Kursus ini menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pengkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pengkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, E-Dagang, dan Pengurusan Perisian. Modul-modul elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus, dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Juru Analisis Sistem dan Juruteknik. Lulusan kursus ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang teknologi maklumat.

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi dan rangkaian. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industry. Kursus ini menawarkan modul pengkhususan seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Pekakasan Komputer, Sistem Digital, Aplikasi Database, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Sistem Pengoperasian, Asas Rangkaian, Pengaturcaraan Visual Basic, Sistem Pengoperasian Open Source, Keusahawanan Siber, Protokol Penghala, Sistem Database, Pensuisan Rangkaian, Pengurusan Server, Pengaturcaraan Web, Keselamatan Rangkaian dan Teknologi WAN.

Sijil Teknologi Maklumat

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan dan membuat kerja projuk serta melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kursus ini menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam teknologi maklumat, Sistem Digit dan Mikropemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Multimedia, Projek dan Sistem Pengkalan Data. Modul-modul elektif seperti Matematik Kejuruteraan 3, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Sistem Maklumat, Pengurusan perniagaan, Pengurusan Projek, Pengurusan perisian, dan Rekabentuk rangkaian kampus juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai juruteknik dalam bidang teknologi maklumat. Lulusan kursus ini juga berpeluang untuk melanjuraan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang teknologi maklumat. SENARAI STAF Jawatan Nama E-mel Ketua Jabatan Hassan b Ali itchassan@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Ketua Kursus Jailani b Abdul Kadir jkejailani@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Ketua Kursus Farihan Elyana itcfarihan@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Jawatan Nama E-mel Pensyarah Muhammad Khairul Ezad Bin Sulaiman itcezad@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Puteri Azwa Bt Ahmad itcazwa@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Nor Azlan Bin Ali itcazlan@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Mohd Fadli Bin Ahdon itcfadli@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Nor Miza Binti Tajudin itcmiza@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Norul Huda Bt Abdul Razak itcnurul@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Siti Fadzlina Binti Mohamad Asri itcfadzlina@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Supian Bin Jolen itcsupian@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Anis Eliani Binti Abd Rahman itcanis@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Azrin Azli Bin Suhaimi itcazrin@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Virakwan A/P Hai Kelian itcvirakwan@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Mohd Noor Ariff b Abdullah itcariff@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Fazilawati bt Redwan itcfazila@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Noor Muzlinda bt Mat Hashim itcmuzlynn@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Norsyarizaini bt Abd Mutalib itcsyazaini@poliperlis.edu.my This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it Pensyarah Rosmawati bt Jaafar itcrosma@poliperlis.edu.my